Keretapi Terbalik@Terbabas!!!

Tuesday, September 1, 2009 · Posted in

Enam daripada sembilan gerabak tren Ekspres Sinaran Pagi yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura, tergelincir lalu terbalik berhampiran Stesen Kereta Api Batu Anam, Segamat pada 31/08/2009.

Kejadian berlaku pukul 11.50 pagi itu mengakibatkan tujuh penumpang mengalami cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Daerah Segamat.

Pengurus Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Wilayah Selatan, Tariq Omar berkata, ketika kejadian, kereta api itu membawa antara 250 hingga 300 penumpang.

“Empat daripada enam gerabak yang terbalik itu membawa penumpang, manakala dua lagi merupakan gerabak kafetaria dan alat penjana kuasa elektrik.

“Kesemua penumpang tren itu kini dibawa menaiki bas yang disewa khas ke destinasi masing-masing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber : Utusan Online


Aku nyaris2 nak naek train ni tuk balik lepas cuti merdeka.Nasib baik aku tak naik.Tapi ape2 pun syukur alhamdulillah di ucapkan kerana tiada kematian :-) Kepada KTMB pergi la cek semua landasan & tren tu. Tak nak la sume ni berulang lagi kan. Kepada semua yang dah beli tiket keretapi untuk balik raya jgn risau coz mesti KTMB tengah wat post mortem. So, kita sume pasti dlm keadaan selamat nanti.Insyaallah..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Flag Counter

Free counters!