Indonesia @ Bendera Serang Malaysia 8 Oktober?

Tuesday, October 6, 2009 · Posted in ,

"Tanggal 8 Oktober, kami akan memberangkatkan sekitar 1500 orang (sukarelawan). Kami sudah mengirimkan aktivis ke sana untuk memetakan daerah-daerah. Kami akan mendatangi kantor-kantor pemerintahan," ujar Koordinator Bendera, Mochtar Bonaven.

Bendera, sukarelawan Benteng Demokrasi Rakyat, berhasrat menyerang Malaysia.


[VIVA News, Indonesia]


"Tanggal 8 Oktober, kami akan memberangkatkan sekitar 1500 orang (sukarelawan). Kami sudah mengirimkan aktivis ke sana untuk memetakan daerah-daerah. Kami akan mendatangi kantor-kantor pemerintahan," ujar Koordinator Bendera, Mochtar Bonaven.

Bendera, sukarelawan Benteng Demokrasi Rakyat, berhasrat menyerang Malaysia.

[VIVA News, Indonesia]


Menurut The Jakarta Globe, Malaysia akan diserang oleh sekumpulan rakyat Indonesia yang menggelar diri mereka sebagai BENDERA pada 8 Oktober 2009 ini. Berita yang sama turut di laporkan oleh akhbar Malaysia, The Star,

Kumpulan yang sama pernah membuat sekatan jalanraya di Jakarta baru-baru ini untuk mencari dan menghalau rakyat Malaysia hingga ada yang mahu membunuh dengan buluh runcing!

One For All tergelak sampai keluar air mata bila dengar segelintir rakyat Indonesia yang membuat lawak tahap dewa ni. Ketika saudara mara mereka di Padang, Sumatra kini dilanda musibah akibat gempa bumi dan mendapat bantua hasil ihsan masyarakat dunia termasuk Malaysia dan juga beribu rakyatnya di Jakarta yang masih tinggal di bawah jambatan (yang sewajarnya diberi perhatian oleh kumpulan seperti BENDERA ini), mereka merancang nak menyerang Malaysia?

Menurut akhbar The Star, enam minggu yang lalu, 10 pengintip Bendera telah meloloskan diri masuk ke Malaysia untuk menubuhkan satu 'network' pekerja Indonesia dalam usaha 'perang' ini. Mereka kononnya telah berjaya menghubungi 1.45 juta pekerja Indonesia yang terdiri daripada pembantu rumah, pekerja binaan dan pekerja ladang yang akan membakar tempat kerja masing-masing apabila konfrantasi bermula. Apakah ini semua? orang dah kasi duduk, kerja kat Malaysia ni sekarang nak cari pasal pula?Huh...totally SUCK!

Kepada Puak Bendera sekalian, daripada menghabiskan masa dan tenaga untuk menyerang Malaysia, lebih baik kalian berangkat ke Padang dan guna senjata kalian untuk mengorek tanah bagi mencari mayat-mayat saudara kalian yang kian reput.Janganlah kufur nikmat yang diberi percuma.


Renungkan tafsir ini...

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya." (Ali Imraan: 19)

One Response to “ Indonesia @ Bendera Serang Malaysia 8 Oktober? ”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Flag Counter

Free counters!